Monday, August 30, 2010

GET LOGIC

Get logik adalah litar-litar elektronik yang digunakan untuk menjalankan operasi logik bagi satu atau lebih masukan logik tetapi hanya menghasilkan satu keluaran logik.
Setiap masukan dan keluaran yang terhasil daripada get-get logik akan dijadualkan dan jadual ini digelar jadual kebenaran.

Jenis-jenis get

Terdapat beberapa jenis get logik iaitu
  • TAK — menghasilkan keluaran yang terbalik dengan masukannya. Get ini hanya menerima satu masukan sahaja.
  • ATAU — get ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya mana-mana masukannya adalah tinggi dan hanya akan menghasilkan keluaran RENDAH sekiranya semua masukan adalah RENDAH.
  • DAN — operasi get ini adalah berlawanan dengan get ATAU. Ia hanya akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya semua masukannya adalah TINGGI. Keluaran adalah RENDAH sekiranya salah satu daripada masukannya adalah RENDAH.
  • TAKATAU — operasi get TAKATAU adalah berdasarkan operasi ATAU tetapi keluarannya adalah terbalik.
  • TAKDAN — opersasinya sama dengan operasi get DAN, tetapi keluarannya dibalikkan.
  • X-ATAU — get logik ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya masukan-masukannya adalah berbeza antara satu sama lain dan keluaran RENDAH sekiranya kesemua masukannya adalah serupa.
  • X-TAKATAU — operasinya adalah mengikuti operasi X-ATAU cuma keluaranya adalah terbalik. Ia akan mengeluarkan TINGGI sekiranya masukan adalah bersamaan dan RENDAH sekiranya mereka berbeza.

Jadual kebenaran

[sunting]Get logik asas

Berikut adalah jadual kebenaran bagi setiap get-get logik asas
GetUngkapan BooleanJadual kebenaran
TAK
\overline A
MasukanKeluaran
ATAK A
01
10

ATAU
A + B
MasukanKeluaran
ABA ATAU B
000
011
101
111

DAN
A \cdot B
MasukanKeluaran
ABA DAN B
000
010
100
111


SIMBOL GET

GET TAK

GET DAN



GET ATAU

GET TAK DAN

GET TAK ATAU


GET X ATAU 





Saturday, August 28, 2010

welcome...

this is my 2nd blog....
do it for my study....
hopefully it can give u more information bout electronic world...
thank u....