Wednesday, September 1, 2010

KAPASITOR


DEFINISI

Pemuat atau kapasitor merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir(plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing.




CIRI-CIRI KAPASITOR

  • Komponen elektrik yang dapat menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk cas.
  • Terdiri daripada 2 plat yang dipisahkan antara satu sama lain dengan penebat yang dikenali sebagai dielektrik.

FUNGSI PEMUAT

Antara kegunaan dalam litar elektrik dan elektronik ialah:
  • Litar penala frekuensi gelombang radio (tuner)
  •  Litar penapis pada pembekal kuasa (noise filter)
  •  Litar penghapus percikan api dlm sistem nyalaan enjin kereta 
  • Litar “flash” kamera
SIMBOL KAPASITOR





CARA MENGUJI KAPASITOR

Kapasitor boleh diuji menggunakan:
  • Meter ohm
  • Meter RCL
  • Meter capacitance











i) Pintaskan kapasitor
ii) Pada awalnya, jarum meter akan terus bergerak ke bacaan 0 ohm kerana kapasitor mula mengecas.
iii) Kemudian, jarum meter akan bergerak menuju ke inifiniti perlahan-lahan menandakan kapasitor nyahcas.
iv) Apabila kapsitor nyahcas sepenuhnya, jarum meter akan berhenti pada bacaan infiniti.





http://www.youtube.com/watch?v=GZMQWa0b1xY











2 comments:

smart blog .. =)
 
saya suka info yg sgt membantu
 

Post a Comment